ISU-ISU
SEMASA
Penulisan korporat
ARTICLE 1 :
(INVERTED PYRAMID)
‘CUEPACS PUAS HATI GAJI MINIMUM RM1,200’
JOHOR BAHARU, 01 Nov 2015 (Bernama) - Presiden CUEPACS Datuk Azih
Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti
yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016.
Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat
awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang
tinggal di bandar.
Datuk Azih Muda juga berkata CUEPACS berpuas hati berikutan kerajaan
bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum
RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan
mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.
Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs juga berkata penetapan gaji minimum
baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan
kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan.
No comments:
Post a Comment