ARTICLE 3 : (CIRCLE STYLE)
‘Skim Pencen Kerajaan Masih Komprehensif, Tidak Perlu Dikaji’
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -Skim pencen pesara kerajaan, termasuk
pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada
masa kini dilihat komprehensif dan seimbang, persidangan Dewan Rakyat
diberitahu hari ini.
"Skim pencen ini dilihat seimbang kerana seorang pesara akan
menerima pencen bulanan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gaji akhir;
ganjaran dan ganti cuti rehat berbentuk kewangan serta kemudahan perubatan
seumur hidup untuk pesara, pasangan dan anak yang layak.
"Pada pembentangan bajet, kerajaan
bersetuju menaikkan gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam kepada RM1,200
sebulan dan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan
mengikut gred, berkuat kuasa 1 Julai 2016.
"Di samping itu, mulai 1 Nov tahun
ini, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
termasuk kepada kumpulan pelaksana pada kadar minimum RM300 bulan,"
katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Datuk Seri Azalina Othman Said turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan
sentiasa bersedia untuk mengkaji sebarang cadangan bagi meningkatkan kualiti
hidup pesara, dan pelaksanaannya turut bergantung kepada kemampuan kewangan
kerajaan.
thankyou for this resource.
ReplyDelete