Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera pembaca tegar blog..
#HAPPYEIDMUBARAK
okay hakak2,habang2,hacik2..pertemuan kali ni,awok sedih sikit sebabnya cuti takdan nk abeh dah kna masuk kelas.sedih pedih! haha..tapi takpa demi maruah bangsa dan puan latty awok sanggup balik..:P..hahaha.nak mengubati hati duka lara awok ni, geng2 awok bersama puan latty adala buat jamuan hari raya skit =).Pertemuan kali ni awok dengan geng2 awok kena present pasai broadcasting.Broadcasting yang geng2 awok pilih HIPPYTV..APO BONDO TAKTAWLA..hahaha..awok taw guna ja..:D..
okay takpa..orang lejen2 cakap alang menyeluk getah scrup biaq sampai ke pangkal lengan.haha.pada kelas kali ini kami ditugaskan untuk membuat perbentangan tentang broadcast company. tugasan ini telah diberikan semasa pertemuan ketiga oleh miss latty.
macam2 depa bawak tp awok bawak perut ja..hahaha..jangan mara na..hihihi depa bawak kuih raya + lemak-lemak lemang + kuah kacang + mee goreng = pergghhh cenggini (Y) :)
Sejarah Hypptv ::
- Mac 2010 : perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi dilancarkan, bersertakan perkhidmatan IPTV iaitu HyppTV untuk pelanggan rumah.
- Berperanan sebagai pusat produk media untuk memenuhi keperluan dan mempelopori perkhidmatan tambah nilai media untuk pasaran.
- Mei 2013: HyppTV merombak semula Platinum Pack untuk pelanggan baru supaya hanya merangkumi saluran-saluran berbayar berbentuk hiburan antarabangsa (selain Ruby Pack), di samping memperkenalkan Mega Pack dan Sports Pack.
- Memilih kandungan dan waktu tayangan yang fleksibel, dan seterusnya memberi nilai dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan
:: Perundangan dan Peraturan ::
- Garis Panduan Penyiaran
- Bahan-bahan Siaran
- Ideologi dan Politik
- Aspek keagamaan
- Aspek Budaya Sosia
- Perihal Artis/Model Iklan
:: Geran, Pembiayaan dan Komunikas ::
- MMC menjalankan proses pemantauan dan penialaian terhadap pematuhan Pemegang Lesen
- MCMC menjalankan proses pemantauan dan penilaian terhadap pematuhan Pemegang Lesen CASP (I) berhubung dengan syarat-syarat lesen dan peruntukan-peruntukan peraturan sosial di bawah CMA serta Syarat-syarat Khas Lesen (SLC)
- Di bawah CMA, kesemua penyiar swasta dikehendaki memiliki Lesen CASP (I) bagi membolehkan mereka menjalankan operasi di Malaysia dan para pemegang lesen dikehendaki mematuhi syarat-syarat lesen CASP (I) yang telah ditetapkan.
- MCMC bertanggungjawab dalam memastikan pemegang lesen CASP(I) menyiarkan pengumuman awam bagi tujuan kepentingan Kerajaan, awam atau nasional.
:: MSC ::
- Koridor raya multimedia diwujudkan oleh kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik
- Menyokong serta memantau perkhidmatan yg disediakan
:: Lesen dan Permit ::
Lesen-lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- Pemberi Kemudahan Rangkaian
- Pemberi Perkhidmatan Rangkaian
- Pemberi Perkhidmatan Aplikasi
- Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan
:: Tender dan Peluang ::
- Mendapat tender penyiaran untuk hotel
- Akan menembusi pasaran penyiaran di kedai-kedai mamak yang akan setanding astro
- Penggunaannya diseluruh TM Point (ruang legar menunggu pelanggan)
- Kerjasama dengan kerajaan
:: R&D ::
- Fokus kepada penyelidikan Software Define Network (SDN) dan Network Function Virtualisation (NFV)
- Mensasarkan dalam membantu operasi perisikan yang membolehkan “end to end” program menerusi rangkaian dan automasi
- Menggabungkan SDN & NFV teknologi menjadi satu rangkaian tepat dan teknik perkhidmatan bg memudahkan operasi, ketangkasan perniagaan dan masa lebih pantas ke pasaran
:: Dasar dan Strategi ::
- HyppTV pada masa ini menawarkan kepada pelanggannya sejumlah 116 saluran dengan 36 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – terdiri daripada 50 saluran premium, 21 saluran percuma, 8 Saluran Radio, 15 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 22 saluran interaktif menerusi pelbagai pakej nilai dan pilihan ala-carte
- HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps
- Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf antarabangsa melalui HyppTV Everywhere.
- Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.
:: Rangkaian Hubungan ::
- Astro dan TM memeterai perjanjian untuk berkongsi siaran Astro Supersport dan Astro Supersport2 disamping hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dengan HyppTV
- TM mahu lebih banyak peluang kerjasama dengan industri hotel untuk meluaskan perkhidmatan penyelesaian hiburan hospitaliti (HES)
- Kini ada 40 buah hotel menggunakan HES yang menawarkan pakej maklumat dan hiburan, penyelesaian jalur lebar dalam bangunan, perkhidmatan IPTV TM, HyppTV dan perkhidmatan pusat penggilan, disokong oleh hubungan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.
begitulah isi kandungan presentation dari group kami. rakan-rakan yang lain membentangkan tentang broadcast company astro, tv3, bernama dan RTM.Puan da plan untuk mengadakan lawatan ke RTM untuk memberi peluang kepada student mengetahui proses penyiaran di RTM.class pengantar komunikasi media dan teknologi kali ini memberi saya banyak peluang untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu bidang penyiaran, anatranya
- mengetahui lebih dalam tentang latar belakang syarikat penyiaran dan bagaimana syarikat penyiaran diterbitkan
- mengetahui proses untuk menceburi bidang penyiaran
- apakah tawaran tawaran syarikat penyiaran dalam persaingan sesama bidang
- mengetahui tugas MSC
- mengetahui dasar, strategi, R&D sesebuah syarikat penyiaran yang bertujuan untuk mengembangkan syarikat dan potensi untuk bersaing dengan syarikat penerbitan lain.
untuk presentation kali ni awok dapat banyak info pasai hippytv ni,kalau dak awok taw guna ja..hahah..tapi package dya mmg thorrrbaik..ni kira awok promote skaly la na..jangan kata awok tak payung plak..hahaha..tp kot mana pun astro tetap pilihan hati la bukan pasai pa..channel sport berlambak..takleh mizz tambah untuk game EPL tambah plak game MANUTD..pergghhh semangat..haha..okayla #CYAA
No comments:
Post a Comment