Saturday 1 August 2015

CASE STUDY & GROUP ASSIGNMENT (THE INTERNSHIP)

                                     GROUP ASSIGMENT & LECTURE





                                                                              


:: Pertemuan 3- 20th jun 2015...

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera hakak2,hacik2 habang2,brader2,untuk pertemuan 3 awok  kali ni.awok nak cerita sat Besala madam latty a.k.a sempoi ni bagi satu tugasan study case dalam bentuk group dan group assignment.


okay firstly, madam latty ubah mood skit nk tgk wayang dalam kelas dengan student2 semua,bukan bagi tengok saja noh..kena faham kan,study case besala..filem yang ditayangkan,.jeng..jeng.jeng..THE INTERNSHIP..apa yang awok faham dalam cerita ni la kan sinopsis dya..

Once upon a time..

Dua sahabat yang sama-sama berkerja sebagai sales iaitu Billy McMahon (Vince Vaughn) dan Nick Campbell (Owen Wilson), terpaksa mencari pekerjaan lain kerana syarikat tempat mereka bekerja telah tutup. Maka, mereka menganggap perkembangan teknologi membuat tenaga sales 'jalanan' sudah tidak terpakai lagi walaupun kedua-duanya mempunyai prestasi yang sangat bagus. Sejak keduanya menganggur, kehidupan mereka pun kian suram. Billy mulai bertengkar dengan pasangannya dan Nick bingung tentang masa depannya yang tidak berkembang. Walaupun Nick boleh menyambung hidup dengan bekerja sebagai sales katil, tapi ia merasa tidak selesa dengan perlakuan seniornya. Ketidakselesaan Nick seakan sirna setelah Billy datang dengan idea untuk melamar di syarikat Google. Mereka mengawalinya dengan bersaing dengan kumpulan pelatih yang lain. Kerana Billy dan Nick kurang paham dengan dunia digital, maka proses untuk bergabung dengan syarikat Google tidak semudah yang mereka bayangkan. Keduanya harus berhadapan dengan anak muda yang kreatif, pintar dan paham dengan dunia internet. Bergabung dengan syarikat besar merupakan impian semua orang agar dapat hidup mapan. Itulah yang cuba diangkat di filem ini, dan tentunya anda akan melihat bagaimana uniknya pejabat Google serta kemudahan-kemudahan yang terdapat didalamnya.


Sinopsis dari filem ini sebenarnya menggambarkan pola hidup di masa lampau belum tentu tidak relevan di zaman moden seperti sekarang. Tidak semua kenikmatan hidup boleh didapati dengan bantuan peralatan elektronik dan rangkaian internet. Semuanya tetap boleh bekerjasama dengan bergaya tanpa harus saling 'membunuh'. Secara keseluruhan, filem The Internship sangatlah menarik kerana mengangkat tema tentang semangat hidup ditengah persaingan yang kian ketat. Selain itu, filem ini boleh memberikan gambaran dengan sangat detail tentang cara kerja dan suasana kerja di syarikat gergasi, Google. Mengenai kualiti lakonan, dua pelakon Owen Wilson dan Vince Vaughn sudah tidak perlu diragukan lagi. Keduanya mampu berduet dengan sangat natural serta membuat kisah dari filem The Internship menjadi lebih real. 

camtulahhh crita dya yang awok faham skit2 na..

secondly,awok dengan geng2 awok ada tugasan yang puan latty bagi..(dalam kepala awok kire nak rehat ja)hahahaa..ada lagi tugasan ..

group assignment :: 

Tugasan kumpulan adalah tentang Pengumpulan Maklumat untuk Syarikat Penyiaran. Maklumat yang diperlukan adalah :)

  • Pengenalan organisasi
  • Perundnagan dan peraturan
  • Geran, pembiayaan dan insentif
  • Koridor Raya Multimedia (MSC)
  • Lesen dan Permit 
  • Tender kerajaan dan peluang-pelunag lain
  • Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Dasar dan strategi 
  • Rangkaian hubungan
others rule :

blue cover page + plastic cover + comb binding + font verdana 11 + doubling spacing = hardcopy and presentation :)

Pengenalan organisasi

TVABC adalah syarikat penyiaran tentang abc


Perundangan dan peraturan
  • Apakah kod etika penyiaran TVABC yang menjadi satu panduan dalam industri penyiaran
  • Apakah yang digariskan dalam kod etika TVABC
  • Apakah sumber rujukan dalam kewujudan perundangan dan peraturan TVABC

Geran, pembiayaan dan intensif
  • Apakah geran & program TVABC yang menyumbang kepada pendapatan syarikat
  • Apakah jenis dan kandungan geran yang pernah diterima oelh syarikat ABC
  • Adakah syarikat TVABC menerima pembiayaan dan intensif dalam usaha membangunkan industri penyiaran
  • Apakah bentuk pembiayaan dan insentif yang diterima oleh syaikat TVABC (jika ada)

Koridor Raya Multimedia (MSC)
  •  Apakah bentuk dorongan yang diterima oleh TVABC bagi memajukan industri penyiaran
  • Adakah TVABC mendapat sokongan  daripada MSC dalam membantu perkembangan dalam bidang penyiaran
  • Adakah TVABC mendapatkan khidmat nasihat dari MSC sebagai garis panduan untuk terus bersaing dalam industri

Lesen dan permit
  • Bagaimanakah TVABC mendapatkan lesen perkhidmatan komunikasi dan penyiaran
  • Apakah prosedur dan kriteria untuk mendapatkan perakuan lessen dan permit
  • Bagaimanakah TVABC mendapatkan permit atau kebenaran untuk bersiaran
  • Adakah lessen dan permit ini mempunyai tempoh pembaharuan

Tender kerajaan dan peluang-peluang lain
  • Apakah tender yang diperolehi oleh syarikat TVABC
  • Apakah kriteria yang diambil kira dalam peluang untuk mendapatkan tender

Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Bagaimanakah syarikat TVABC menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam industri penyiaran
  • Adakah syarikat TVABC melantik mana-mana petubuhan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan industri dalam pesiangan yang positif

Dasar dan strategi
  • Apakah strategi TVABC kearah penjenamaan produk syarikat
  • Apakah dasar yang diamalkan dalam meningkatkan segmen penyiaran

Rangkaian hubungan
  • Bagaimanakah TVABC bekerjasama dengan syarikat penyiaran lain dalm membina rangkaian perhubungan dalam industri
  • Adakah TVABC memberi peluang kepada syarikat penyiaran lain dalam pengkongsian maklumat atau sebaliknya
  • Bagaimanakah TVABC membina rangakaian hubungan dalam industri

Total 25 soalan 

*****

f










No comments:

Post a Comment