Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera
Salam Ramadhan #26ramadhan
Orite untuk pertemuan kali ni.awok takde dalam kelas besala ada masalah negara sikit.hahaha..tapi awok dah maklum dah dekat puan latty..hihihi.Mengikut sumber2 yang awok dapat dari blog kawan awok.kelas pada pertemuan kali ni depa belajaq pasai undang2 siber di malaysia..wokey apa yang awok faham pasal jenayah siber ni la kan..
Perkembangan teknologi yang semakin pesat mewujudkan kepelbagaian media atau disebut sebagai multimedia. Antara komponen utama dalam undang-undang multimedia ialah undang-undang siber. Undang-undang siber merangkumi 3 akta utama iaitu Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563)dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564).Selain itu terdapat juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589)serta pindaan kepada Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) untuk memantapkan lagi perundangan mengenai siber di Malaysia.
Dewasa ini, kita dapat lihat bahawa disebabkan akta undang - undang tidak diperketatkan maka jenayah siber berkembang tanpa disedari seperti cendawan tumbuh selapas hujan. Maklumat-maklumat kerajaan dan kerahsiaan telah di viral sehingga kepengetahuan rakyat. Contohnya mengenai isu 1MDB yang menjadi viral sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat. Selain itu laman sesawang yang menyokong perkara-perkara yang tidak sepatutnya juga terus bergiat aktif dalam menyebarkan maklumat. Ada kebaikan dan keburukan terhadap perkara ini. Antara kebaikiannya adalah menyedarkan kita dari berada terlalu selesa dalam persekitaran dunia kini. sebagai contoh viral tentang penderaan kanak-kanak dapat menyedarkan kita supaya lebih berhati-hati memilih pengasuh begitu juga sebaliknya untuk keburukan. Jika dlihat dari sudut negatif pula, jika sesuatu perkara diviralkan bagi memalukan orang lain ia menjadi satu kesalahan keran penyalahgunaan siber. tetapi, kesan ataupun pencapaian terhadap undnag-undang yang telah ada mungkin tidak tercapai lagi kerana perkara ini semakin berleluasa.
Akta Jenayah Komputer 1997 digubal dengan tujuan untuk menyediakan peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan komputer di Malaysia. Ia amat relevan bagi mewujudkan undang-undang yang berbeza dengan undang-undang jenayah sedia ada seperti Kanun Keseksaan. Jenayah Komputer merupakan satu jenayah buatan yang timbul kesan daripada peningkatan penggunaan komputer dan rangkaian komputer. Selain itu, Akta Tandatangan Digital 1997 pula merupakan satu akta yang mengadakan peruntukan untuk mengawal selia penggunaan tandatangan digital serta peruntukan bagi maksud yang demikian. Ia amat penting dalam melicin urusan perdagangan secara elektronik atau e-dagang. Manakala Akta Teleperubatan 1997 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal seliaan dan pengawalan amalan teleperubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Teleperubatan ini merupakan amalan yang menggunakan telekomunikasi data, audio serta visual.
5 KESALAHAN DIBAWAH AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997:
1) Capaian tanpa kuasa
2) Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan
3) Mengubah kandungan komputer
4) Komunikasi salah
5) Bersubahat melakukan kesalahan
5 KESALAHAN DIBAWAH AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997:
1) Capaian tanpa kuasa
2) Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan
3) Mengubah kandungan komputer
4) Komunikasi salah
5) Bersubahat melakukan kesalahan
sampai situ saja lah awok bleh duk muhong sat..rasa dah betoi dah pasai tu..banyak duk mR Google ja..taka betoi gak awok taktaw la..hahahaha..#CYAA
Assalammualaikum WarahmatuLLAHI wabarakaTUHU
ReplyDeleteEncik saya minta izin save gambar tentang akta undang-undang siber di Malaysia