Tuesday 3 November 2015

ARTICLE 1 : (INVERTED PYRAMID)

ISU-ISU SEMASA

Penulisan korporat

ARTICLE 1 : (INVERTED PYRAMID)
           
‘CUEPACS PUAS HATI GAJI MINIMUM RM1,200’

JOHOR BAHARU, 01 Nov 2015 (Bernama) - Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016.

Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di bandar.

Datuk Azih Muda juga berkata CUEPACS berpuas hati berikutan kerajaan bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.

Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs juga berkata penetapan gaji minimum baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan.







       

ARTICLE 2 :HOURGLASS

ARTICLE 2 : (HOURGLASS)

‘CUEPACS Setuju Gaji Minimum’

JOHOR BAHRU: Isnin, 09 Nov 2015, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016.

Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai pendapatan kerana katanya rakyat hari ini termasuk pekerja sektor awam dan swasta terpaksa membayar banyak cukai berganda.  

Beliau berkata, seramai 60,000 penjawat awam menantikan penetapan gaji ini terutama mereka yang tinggal di bandar dan baru memulakan pekerjaan.Beliau berkata, selain itu, 

Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini.





ARTICLE 3: (CIRCLE STYLE)


ARTICLE 3 : (CIRCLE STYLE)

‘Skim Pencen Kerajaan Masih Komprehensif, Tidak Perlu Dikaji’

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -Skim pencen pesara kerajaan, termasuk pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa kini dilihat komprehensif dan seimbang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

"Skim pencen ini dilihat seimbang kerana seorang pesara akan menerima pencen bulanan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gaji akhir; ganjaran dan ganti cuti rehat berbentuk kewangan serta kemudahan perubatan seumur hidup untuk pesara, pasangan dan anak yang layak.

"Pada pembentangan bajet, kerajaan bersetuju menaikkan gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan dan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, berkuat kuasa 1 Julai 2016.

"Di samping itu, mulai 1 Nov tahun ini, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) termasuk kepada kumpulan pelaksana pada kadar minimum RM300 bulan," katanya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk mengkaji sebarang cadangan bagi meningkatkan kualiti hidup pesara, dan pelaksanaannya turut bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.



                 

Saturday 1 August 2015

PRESENTATION BROACASTING GROUP

::Pertemuan ke 5- 26th julai 2015 

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera pembaca tegar blog..


#HAPPYEIDMUBARAK


okay hakak2,habang2,hacik2..pertemuan kali ni,awok sedih sikit sebabnya cuti takdan nk abeh dah kna masuk kelas.sedih pedih! haha..tapi takpa demi maruah bangsa dan puan latty awok sanggup balik..:P..hahaha.nak mengubati hati duka lara awok ni, geng2 awok bersama puan latty adala buat jamuan hari raya skit =).Pertemuan kali ni awok dengan geng2 awok kena present pasai broadcasting.Broadcasting yang geng2 awok pilih HIPPYTV..APO BONDO TAKTAWLA..hahaha..awok taw guna ja..:D..

okay takpa..orang lejen2 cakap alang menyeluk getah scrup biaq sampai ke pangkal lengan.haha.pada kelas kali ini kami ditugaskan untuk membuat perbentangan tentang broadcast company. tugasan ini telah diberikan semasa pertemuan ketiga oleh miss latty. 

macam2 depa bawak tp awok bawak perut ja..hahaha..jangan mara na..hihihi depa bawak kuih raya + lemak-lemak lemang + kuah kacang + mee goreng = pergghhh cenggini (Y) :)




Sejarah Hypptv ::
  • Mac 2010 : perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi dilancarkan, bersertakan perkhidmatan IPTV iaitu HyppTV untuk pelanggan rumah.
  • Berperanan sebagai pusat produk media untuk memenuhi keperluan dan mempelopori perkhidmatan tambah nilai media untuk pasaran.
  • Mei 2013: HyppTV merombak semula Platinum Pack untuk pelanggan baru supaya hanya merangkumi saluran-saluran berbayar berbentuk hiburan antarabangsa (selain Ruby Pack), di samping memperkenalkan Mega Pack dan Sports Pack.
  • Memilih kandungan dan waktu tayangan yang fleksibel, dan seterusnya memberi nilai dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan

:: Perundangan dan Peraturan ::
  • Garis Panduan Penyiaran
  • Bahan-bahan Siaran
  • Ideologi dan Politik
  • Aspek keagamaan
  • Aspek Budaya Sosia
  • Perihal Artis/Model Iklan

:: Geran, Pembiayaan dan Komunikas ::
  • MMC menjalankan proses pemantauan dan penialaian terhadap pematuhan Pemegang Lesen
  • MCMC menjalankan proses pemantauan dan penilaian terhadap pematuhan Pemegang Lesen CASP (I) berhubung dengan syarat-syarat lesen dan peruntukan-peruntukan peraturan sosial di bawah CMA serta Syarat-syarat Khas Lesen (SLC)
  • Di bawah CMA, kesemua penyiar swasta dikehendaki memiliki Lesen CASP (I) bagi membolehkan mereka menjalankan operasi di Malaysia dan para pemegang lesen dikehendaki mematuhi syarat-syarat lesen CASP (I) yang telah ditetapkan.
  • MCMC bertanggungjawab dalam memastikan pemegang lesen CASP(I) menyiarkan pengumuman awam bagi tujuan kepentingan Kerajaan, awam atau nasional. 

:: MSC ::
  • Koridor raya multimedia diwujudkan oleh kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik
  • Menyokong serta memantau perkhidmatan yg disediakan

:: Lesen dan Permit ::
Lesen-lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • Pemberi Kemudahan Rangkaian 
  • Pemberi Perkhidmatan Rangkaian 
  • Pemberi Perkhidmatan Aplikasi 
  • Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan

:: Tender dan Peluang :: 
  • Mendapat tender penyiaran untuk hotel
  • Akan menembusi pasaran penyiaran di kedai-kedai mamak yang akan setanding astro
  • Penggunaannya diseluruh TM Point (ruang legar menunggu pelanggan)
  • Kerjasama dengan kerajaan

:: R&D ::
  • Fokus kepada penyelidikan Software Define Network (SDN) dan Network Function Virtualisation (NFV)
  • Mensasarkan dalam membantu operasi perisikan yang membolehkan “end to end” program menerusi rangkaian dan automasi
  • Menggabungkan SDN & NFV teknologi menjadi satu rangkaian tepat dan teknik perkhidmatan bg memudahkan operasi, ketangkasan perniagaan dan masa lebih pantas ke pasaran

:: Dasar dan Strategi ::
  • HyppTV pada masa ini menawarkan kepada pelanggannya sejumlah 116 saluran dengan 36 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – terdiri daripada 50 saluran premium, 21 saluran percuma, 8 Saluran Radio, 15 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 22 saluran interaktif menerusi pelbagai pakej nilai dan pilihan ala-carte
  • HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps
  • Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf antarabangsa melalui HyppTV Everywhere.
  • Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.

:: Rangkaian Hubungan ::
  • Astro dan TM memeterai perjanjian untuk berkongsi siaran Astro Supersport dan Astro Supersport2 disamping hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dengan HyppTV
  • TM mahu lebih banyak peluang kerjasama dengan industri hotel untuk meluaskan perkhidmatan penyelesaian hiburan hospitaliti (HES)
  • Kini ada 40 buah hotel menggunakan HES yang menawarkan pakej maklumat dan hiburan, penyelesaian jalur lebar dalam bangunan, perkhidmatan IPTV TM, HyppTV dan perkhidmatan pusat penggilan, disokong oleh hubungan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.

begitulah isi kandungan presentation dari group kami. rakan-rakan yang lain membentangkan tentang broadcast company astro, tv3, bernama dan RTM.Puan da plan untuk mengadakan lawatan ke RTM untuk memberi peluang kepada student mengetahui proses penyiaran di RTM.class pengantar komunikasi media dan teknologi kali ini memberi saya banyak peluang untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu bidang penyiaran, anatranya 

 

  • mengetahui lebih dalam tentang latar belakang syarikat penyiaran dan bagaimana syarikat penyiaran  diterbitkan
  • mengetahui proses untuk menceburi bidang penyiaran
  • apakah tawaran tawaran syarikat penyiaran dalam persaingan sesama bidang 
  • mengetahui tugas MSC
  • mengetahui dasar, strategi, R&D sesebuah syarikat penyiaran yang bertujuan untuk mengembangkan syarikat dan potensi untuk bersaing dengan syarikat penerbitan lain.

untuk presentation kali ni  awok dapat banyak info pasai hippytv ni,kalau dak awok taw guna ja..hahah..tapi package dya mmg thorrrbaik..ni kira awok promote skaly la na..jangan kata awok tak payung plak..hahaha..tp kot mana pun astro tetap pilihan hati la bukan pasai pa..channel sport berlambak..takleh mizz tambah untuk game EPL tambah plak game MANUTD..pergghhh semangat..haha..okayla #CYAA




UNDANG-UNDANG SIBER DI MALAYSIA

 :Pertemuan ke 4- 11th julqi 2015 

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Salam Ramadhan  #26ramadhan

Orite untuk pertemuan kali ni.awok takde dalam kelas besala ada masalah negara sikit.hahaha..tapi awok dah maklum dah dekat puan latty..hihihi.Mengikut sumber2 yang awok dapat dari blog kawan awok.kelas pada pertemuan kali ni depa belajaq pasai undang2 siber di malaysia..wokey apa yang awok faham pasal jenayah siber ni la kan..



 


Perkembangan teknologi yang semakin pesat mewujudkan kepelbagaian media atau disebut sebagai multimedia. Antara komponen utama dalam undang-undang multimedia ialah undang-undang siber. Undang-undang siber merangkumi 3 akta utama iaitu Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563)dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564).Selain itu terdapat juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589)serta pindaan kepada Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) untuk memantapkan lagi perundangan mengenai siber di Malaysia.





Dewasa ini, kita dapat lihat bahawa disebabkan akta undang - undang tidak diperketatkan maka jenayah siber berkembang tanpa disedari seperti cendawan tumbuh selapas hujan. Maklumat-maklumat kerajaan dan kerahsiaan telah di viral sehingga kepengetahuan rakyat. Contohnya mengenai isu 1MDB yang menjadi viral sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat. Selain itu laman sesawang yang menyokong perkara-perkara yang tidak sepatutnya juga terus bergiat aktif dalam menyebarkan maklumat. Ada kebaikan dan keburukan terhadap perkara ini. Antara kebaikiannya adalah menyedarkan kita dari berada terlalu selesa dalam persekitaran dunia kini. sebagai contoh viral tentang penderaan kanak-kanak dapat menyedarkan kita supaya lebih berhati-hati memilih pengasuh begitu juga sebaliknya untuk keburukan. Jika dlihat dari sudut negatif pula, jika sesuatu perkara diviralkan bagi memalukan orang lain ia menjadi satu kesalahan keran penyalahgunaan siber. tetapi, kesan ataupun pencapaian terhadap undnag-undang yang telah ada mungkin tidak tercapai lagi kerana perkara ini semakin berleluasa.  



Akta Jenayah Komputer 1997 digubal dengan tujuan untuk menyediakan peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan komputer di Malaysia. Ia amat relevan bagi mewujudkan undang-undang yang berbeza dengan undang-undang jenayah sedia ada seperti Kanun Keseksaan. Jenayah Komputer merupakan satu jenayah buatan yang timbul kesan daripada peningkatan penggunaan komputer dan rangkaian komputer. Selain itu, Akta Tandatangan Digital 1997 pula merupakan satu akta yang mengadakan peruntukan untuk mengawal selia penggunaan tandatangan digital serta peruntukan bagi maksud yang demikian. Ia amat penting dalam melicin urusan perdagangan secara elektronik atau e-dagang. Manakala Akta Teleperubatan 1997 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal seliaan dan pengawalan amalan teleperubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Teleperubatan ini merupakan amalan yang menggunakan telekomunikasi data, audio serta visual.

5 KESALAHAN DIBAWAH AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997:

1) Capaian tanpa kuasa
2) Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan
3) Mengubah kandungan komputer
4) Komunikasi salah
5) Bersubahat melakukan kesalahan


sampai situ saja lah awok bleh duk muhong sat..rasa dah betoi dah pasai tu..banyak duk mR Google ja..taka betoi gak awok taktaw la..hahahaha..#CYAA 


CASE STUDY & GROUP ASSIGNMENT (THE INTERNSHIP)

                                     GROUP ASSIGMENT & LECTURE





                                                                              


:: Pertemuan 3- 20th jun 2015...

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera hakak2,hacik2 habang2,brader2,untuk pertemuan 3 awok  kali ni.awok nak cerita sat Besala madam latty a.k.a sempoi ni bagi satu tugasan study case dalam bentuk group dan group assignment.


okay firstly, madam latty ubah mood skit nk tgk wayang dalam kelas dengan student2 semua,bukan bagi tengok saja noh..kena faham kan,study case besala..filem yang ditayangkan,.jeng..jeng.jeng..THE INTERNSHIP..apa yang awok faham dalam cerita ni la kan sinopsis dya..

Once upon a time..

Dua sahabat yang sama-sama berkerja sebagai sales iaitu Billy McMahon (Vince Vaughn) dan Nick Campbell (Owen Wilson), terpaksa mencari pekerjaan lain kerana syarikat tempat mereka bekerja telah tutup. Maka, mereka menganggap perkembangan teknologi membuat tenaga sales 'jalanan' sudah tidak terpakai lagi walaupun kedua-duanya mempunyai prestasi yang sangat bagus. Sejak keduanya menganggur, kehidupan mereka pun kian suram. Billy mulai bertengkar dengan pasangannya dan Nick bingung tentang masa depannya yang tidak berkembang. Walaupun Nick boleh menyambung hidup dengan bekerja sebagai sales katil, tapi ia merasa tidak selesa dengan perlakuan seniornya. Ketidakselesaan Nick seakan sirna setelah Billy datang dengan idea untuk melamar di syarikat Google. Mereka mengawalinya dengan bersaing dengan kumpulan pelatih yang lain. Kerana Billy dan Nick kurang paham dengan dunia digital, maka proses untuk bergabung dengan syarikat Google tidak semudah yang mereka bayangkan. Keduanya harus berhadapan dengan anak muda yang kreatif, pintar dan paham dengan dunia internet. Bergabung dengan syarikat besar merupakan impian semua orang agar dapat hidup mapan. Itulah yang cuba diangkat di filem ini, dan tentunya anda akan melihat bagaimana uniknya pejabat Google serta kemudahan-kemudahan yang terdapat didalamnya.


Sinopsis dari filem ini sebenarnya menggambarkan pola hidup di masa lampau belum tentu tidak relevan di zaman moden seperti sekarang. Tidak semua kenikmatan hidup boleh didapati dengan bantuan peralatan elektronik dan rangkaian internet. Semuanya tetap boleh bekerjasama dengan bergaya tanpa harus saling 'membunuh'. Secara keseluruhan, filem The Internship sangatlah menarik kerana mengangkat tema tentang semangat hidup ditengah persaingan yang kian ketat. Selain itu, filem ini boleh memberikan gambaran dengan sangat detail tentang cara kerja dan suasana kerja di syarikat gergasi, Google. Mengenai kualiti lakonan, dua pelakon Owen Wilson dan Vince Vaughn sudah tidak perlu diragukan lagi. Keduanya mampu berduet dengan sangat natural serta membuat kisah dari filem The Internship menjadi lebih real. 

camtulahhh crita dya yang awok faham skit2 na..

secondly,awok dengan geng2 awok ada tugasan yang puan latty bagi..(dalam kepala awok kire nak rehat ja)hahahaa..ada lagi tugasan ..

group assignment :: 

Tugasan kumpulan adalah tentang Pengumpulan Maklumat untuk Syarikat Penyiaran. Maklumat yang diperlukan adalah :)

  • Pengenalan organisasi
  • Perundnagan dan peraturan
  • Geran, pembiayaan dan insentif
  • Koridor Raya Multimedia (MSC)
  • Lesen dan Permit 
  • Tender kerajaan dan peluang-pelunag lain
  • Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Dasar dan strategi 
  • Rangkaian hubungan
others rule :

blue cover page + plastic cover + comb binding + font verdana 11 + doubling spacing = hardcopy and presentation :)

Pengenalan organisasi

TVABC adalah syarikat penyiaran tentang abc


Perundangan dan peraturan
  • Apakah kod etika penyiaran TVABC yang menjadi satu panduan dalam industri penyiaran
  • Apakah yang digariskan dalam kod etika TVABC
  • Apakah sumber rujukan dalam kewujudan perundangan dan peraturan TVABC

Geran, pembiayaan dan intensif
  • Apakah geran & program TVABC yang menyumbang kepada pendapatan syarikat
  • Apakah jenis dan kandungan geran yang pernah diterima oelh syarikat ABC
  • Adakah syarikat TVABC menerima pembiayaan dan intensif dalam usaha membangunkan industri penyiaran
  • Apakah bentuk pembiayaan dan insentif yang diterima oleh syaikat TVABC (jika ada)

Koridor Raya Multimedia (MSC)
  •  Apakah bentuk dorongan yang diterima oleh TVABC bagi memajukan industri penyiaran
  • Adakah TVABC mendapat sokongan  daripada MSC dalam membantu perkembangan dalam bidang penyiaran
  • Adakah TVABC mendapatkan khidmat nasihat dari MSC sebagai garis panduan untuk terus bersaing dalam industri

Lesen dan permit
  • Bagaimanakah TVABC mendapatkan lesen perkhidmatan komunikasi dan penyiaran
  • Apakah prosedur dan kriteria untuk mendapatkan perakuan lessen dan permit
  • Bagaimanakah TVABC mendapatkan permit atau kebenaran untuk bersiaran
  • Adakah lessen dan permit ini mempunyai tempoh pembaharuan

Tender kerajaan dan peluang-peluang lain
  • Apakah tender yang diperolehi oleh syarikat TVABC
  • Apakah kriteria yang diambil kira dalam peluang untuk mendapatkan tender

Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Bagaimanakah syarikat TVABC menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam industri penyiaran
  • Adakah syarikat TVABC melantik mana-mana petubuhan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan industri dalam pesiangan yang positif

Dasar dan strategi
  • Apakah strategi TVABC kearah penjenamaan produk syarikat
  • Apakah dasar yang diamalkan dalam meningkatkan segmen penyiaran

Rangkaian hubungan
  • Bagaimanakah TVABC bekerjasama dengan syarikat penyiaran lain dalm membina rangkaian perhubungan dalam industri
  • Adakah TVABC memberi peluang kepada syarikat penyiaran lain dalam pengkongsian maklumat atau sebaliknya
  • Bagaimanakah TVABC membina rangakaian hubungan dalam industri

Total 25 soalan 

*****

f










Saturday 16 May 2015

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MEDIA CETAK



SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MEDIA CETAK

*  1.Ciri-ciri teknologi baru (Rogers,1991):

           A. Interaktif atau saling tindak
           B. Memperkecilkan khalayak
              C. Darjah kawalan yang tinggi
              D. Tidak segerak atau serentak
              E. Capaian rawak dan tidak ‘linear’



            SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MEDIA KOMUNIKASI DI 
               MALAYSIA
A
*
A.                   A. komputer bermula di Lembaga Lektrik Negara

               B.Talipon
*               C.Radio
*               D.Televisyen

   
PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP MEDIA KOMUNIKASI
aa     Dua pengaruh utama:

                     A.  Convergence/Pengabungan
                     B. Peralihan dari sistem analog kepada sistem digital






a
asd
*

SA